TaHuKaH AnDa!!!

>>Tahukah Anda WARNING (18PL) Kajian membuktikan
lelaki akan lebih gemuk setelah berkahwin daripada wanita
kerana setiap malam lelaki mendapat 2 susu segar,
2 peha segar dan 1 apam basah manakala wanita
hanya mendapat 1 pisang dan 2 biji telor. Tetapi, menurut
seorang doktor, wanita lebih mudah gemuk dalam masa 9
bulan sahaja kerana pisang mempunyai khasiat SEMUAjadi...
dan semulajadi..  




>>Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.


>>Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.


>>Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut
ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau
udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez
yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin
yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud
ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.


>>Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar
kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi
adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi
tentunya besarnya juga tidak sama.


>>Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.


>>Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


>>Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.


>>Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.


>>Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.


>>Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.


>>Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu
kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana
kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah
membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.


>>Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


>>Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak
sembahyang tiada gunanya...:P


>>Tahukah Anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki
dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada
nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan
satu cecair yang dinamakan air masak.


>>Tahukah Anda yang air sirap merupakan salah satu bahan
asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah
dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk
menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa
air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


>>Tahukah Anda Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j
tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j
sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan